Sunday 20 February 2011

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd - 4 Kekosongan


Kami merupakan satu-satunya Syarikat yang diberi lesen membekalkan air bersih kepada semua pelanggan domestik dan industri di Negeri Terengganu Darul Iman. Dalam usaha memantapkan lagi pengurusan organisasi, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempelawa pemohon-pemohon daripada WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT NEGERI TERENGGANU yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. PEGAWAI (TEKNIKAL) GRED SG2T
2. PENOLONG PEGAWAI, AGIHAN (JURUGEGAS) GRED SG3T
3. PENOLONG PEGAWAI, PENGELUARAN (OPERATOR LOJI) GRED SG3T
4. PEN. PEGAWAI, KHIDMAT PELANGGAN (PEMBACA METER AIR) GRED SG3

Tarikh Tutup : 10/3/2011





SEMUA JAWATAN BERTARAF KONTRAK DAN HANYA TERBUKA KEPADA PEMOHON LELAKI SAHAJA


Cara Memohon:

1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web www.satuwater.com.my

2. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
i. Gambar berukuran pasport (warna)
ii. Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan.
iii. Salinan sijil kelulusan akademik yang disahkan.
iv. Salinan lesen memandu berkaitan yang disahkan.
v. Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.
vi. Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu, jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu yang disahkan.
vii. Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan, jika ada.

3. Permohonan daripada Pegawai-pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

4. Hanya borang permohonan yang lengkap diisi beserta kesemua dokumen-dokumen di para 2 sahaja yang akan diproses.

5. Hanya calon yang berkelayakan selepas tapisan dan lulus Peperiksaan Khas SATU sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Nama Jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :-

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(U.P. Bahagian Perkhidmatan Korporat II)


Click here to download - Iklan Jawatan Kosong


Click here to download - Application Form


Need Help or have questions for this vacancy. Send your questions -. Click here now




Klik sini untuk lebih banyak jawatan kosong


Attention - Portal index.com.my dikemaskini setiap hari. Dapatkan Jawatan kosong kerajaan terkini terus ke email anda. Klik sini untuk subscribe.


Perhatian - Dapatkan Jawatan kosong terkini terus ke email anda dan sertai group kami di facebook




Artikel Terkait:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...