Sunday 20 February 2011

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 4 Kekosongan


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :-

1. JURU AUDIT GRED W41
2. PEGAWAI LATIHAN (GURU BAHASA INGGERIS) GRED E41
Kedua Jawatan Diatas adalah Bertaraf Tetap Mempunyai Kekosongan 1

1. PENOLONG JURUTERA GRED J29
2. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Kedua Jawatan Diatas adalah Bertaraf Kontrak Mempunyai Kekosongan 1

Tarikh Tutup : 4/3/2011





Cara Memohon:

i. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di www.maiwp.gov.my dan juga boleh didapati sendiri di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tingkat 1, Bangunan PERKIM, No.150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

ii. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan
seperti berikut:-

a. Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.
b. Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi C G P A. Transkrip yang tidak menyatakan C G P A tidak akan diterima.

iii. Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun 2010 disertakan bersama.

iv. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
ARAS 10, BANGUNAN PERKIM
NO. 150, JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR


Click here to download - Iklan Jawatan Kosong


Click here to download - Application Form


Need Help or have questions for this vacancy. Send your questions -. Click here now




Klik sini untuk lebih banyak jawatan kosong


Attention - Portal index.com.my dikemaskini setiap hari. Dapatkan Jawatan kosong kerajaan terkini terus ke email anda. Klik sini untuk subscribe.


Perhatian - Dapatkan Jawatan kosong terkini terus ke email anda dan sertai group kami di facebook




Artikel Terkait:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...